Stop-motion

Mungkin anda pernah menonton atau dengar tentang filem “Fantastic Mr. Fox” berdasarkan naskhah daripada penulis terkemuka Roald Dahl yang telah ditayangkan di pawagam pada November 2009. Filem ini adalah sebuah filem stop-motion.

Stop-motion (juga dikenali sebagai stop-action atau frame-by frame) adalah sebuah teknik animasi untuk membuat objek yang telah dimanipulasi secara fizikal muncul seperti ianya bergerak sendiri. Objek itu bergerak sedikit demi sedikit antara beberapa frame yang dipetik dalam bentuk gambar secara individu. Dengan sedemikian, tercipta ilusi pergerakan ketika rangkaian bingkai dimainkan sebagai urutan berterusan. Objek yang diperbuat dengan tanah liat (clay) sering digunakan dalam stop-motion untuk kemudahan apabila objek itu ditukarkan posisi. Namun begitu, banyak lagi bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membuat objek anda.

Video-video di bawah ini adalah contoh-contoh produksi stop-motion yang boleh memberi inspirasi kepada anda.

“Deadline”

Sebuah projek pelajar yang menggunakan post-its sebagai objek utama.

YouTube Preview Image

“Combo”

Sebuah kolaborasi antara Blu dan David Ellis di Fame Festival 2009. Animasi ini menggunakan lukisan sebagai objek utama.

YouTube Preview Image

“The Crevasse”

Sebuah projek oleh pelukis Edgar Müller untuk Festival of World Culture di Jerman. Projek lukisan 3D street art ini dipersembahkan sebagai stop-motion.

YouTube Preview Image

“The Seed”

Sebuah projek stop-motion yang menggunakan kertas dan juga animasi 2D.

http://www.vimeo.com/3715286

Ini pula adalah video sebalik tabir “The Seed” yang boleh anda saksikan untuk mengetahui bagaimana produksi stop-motion ini dikendalikan.

http://www.vimeo.com/2425610

Bagi anda yang mendapat inspirasi untuk memulakan projek kecil stop-motion, anda boleh mulakan dengan animasi yang singkat menggunakan objek biasa seperti patung ataupun segelas minuman.

Video demonstrasi ringkas di bawah ini telah dihasilkan dengan menggunakan sofwe Frame By Frame, yang boleh diperolehi secara percuma di lelaman web. Kalau anda menggunakan Windows atau Linux, anda boleh dapatkan sofwe yang disertakan di sini.

Get the Flash Player to see this player.

    blog comments powered by Disqus

    Share this page

    Facebook 24x24 Icon Delicious 24x24 Icon Twitter 24x24 Icon Blogger 16x16 Icon Digg 16x16 Icon